Tuesday 8 October 2013

Harapan

harapan
harapan yang dicita
tak bermakna kita miliki
ianya datang dengan izinnya

apa yang dicita
hanyalah angan
tak bermakna ia menjadi
dan mungkin ia menjadi

harapan samalah sepertilah impian
ia hanya cita-cita dan angan-angan

jangan tangisi jika ia tak berhasil
malah kita doakan ia menjadi
berusaha dan terus berusaha
jangan mudah berputus asa


Tuesday 9 July 2013

TEATER '' RADEN GALO ''

Marilah beramai-ramai menyaksikan persembahan Teater ''RADEN GALO'' arahan Mazlan Tahir. Anjuran Diploma Showcase Semester 5, Fakulti Filem, Teater & Animasi.

Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.
Tarikh : 7, 8 & 9 September 2013
Masa : 8.30 malam.
Harga tiket : RM10/satu

Untuk mendapatkan tiket,
Sila hubungi : 0176723922 (Amirul), 0173478247 (Farhan) & 0193748362 (Sharifah)

''TRANSFORMASI SENI ANJAKAN INOVASI''


Wednesday 15 May 2013

MENGALAH...



Akulah yang selalu mengalah.

   Jika aku mengalah adakah hatiku lemah? Ku tertanya pada diriku, lemahkah aku. Terlalu mudah untuk aku mengalah. Pedih juga rasanya bila aku selalu mengalah. Tidak pernah orang terfikir, kenapa aku selalu mengalah?

   Pernahkah orang terfikir sedikit tentang hatiku? Aku mengalah kerana aku ingin mencapai apa yang orang hendak lakukan, itu sahaja. Tetapi aku rasa ada juga masanya untuk aku tidak mengalah. Jika aku tidak mengalah , beerti aku ni seorang yang degil atau keras kepala.

   Positifkah diriku ini? Bukankah mengalah adalah suatu perkara yang baik. Mungkin ada masanya untuk aku mengalah. Fikiranku terus buntu untuk memikirkan semua ini.   
 

CINTAKU DIPERMAINKAN




Lirik Lagu:

Tidak kah engkau tahu sayang
Betapa ku sayang padamu
Kerna kau insan yang ku cinta
Untuk selama lamanya


Tapi disebaliknya apa
Yang kau berikan pada ku
Kasih dan sayang ku tiada
Pilunya di hatiku ..


Kini kau berubah
Kau tak seperti dulu
Mengapa sayang mengapa
Engkau jadi begini ..


Kini aku menyesal menyintaimu
Kerna cintaku dipermainkan
Secukup cukupnya..


Hampalah diriku dalam percintaan
Kau membuat ku tidak mahu cinta lagi sayang..


Mengapa engkau permainkan
Cinta yang sudah kita bina
Kini kalau tak sayang lagi
Berterus terang padaku


Jangan lah engkau menyeksaku
Tak sanggup lagi ku menanggung
Dugaan cinta yang ku beri
Terhadap diriku


Sakitnya hatiku
Sampainya hatimu..
Kau tidak melayan diriku
Seperti dahulu ..


Cuba kau rasa kan lah apa yang telah ku rasa
Kini pasti kau juga akan
Menyesali cintaku ..


Kini airmata pun mula mengalir
Engkau masih belum berubah
Engkau tetap sama..


Kini aku meminta maaf
Kerna hatiku dah tertutup
Untuk dirimu oh sayang..


Lepaskan aku ..
Bebaskan aku ..
Pergilah sayang..
Jangan kembali lagi .. oh woho

 

 

 

 

DUKA


Kenangan cinta ,
Mengusik jiwa…

Terkenang kisah lama yang membawa duka,
Telah ku buang jauh dari lubuk hati ku,
Hatiku hancur retak seribu,
Biarlah kenangan itu pergi berlalu…

Tidak ku salahkan sesiapa,
Ku tahu diriku insan yang lemah semata-mata,
Harapan yang ku beri hanyalah sementara,
Biarlah dia pergi tanpa duka dan lara…

Janji yang tertulis,
Diingkar begitu sahaja,
Telah ku tangis,
Tetapi tak berguna…

Ku berserah pada yang esa.
Walau dia hanyalah sementara,
Aku redha apa yang berlaku,
Kerana itu ketentuanku…

KATA PUJANGGA...

Kau adalah permata,
Yang sentiasa berkilauan dihatiku,
Ingin ku gilap permata itu, 
Biarlah ia berkilau tanpa rasa jemu…

Tidak ku toleh pandangan mata ku ini,
Kerana kecantikanmu yang sungguh indah,
Tidak pernah ku jemu untuk menatapi,
Kerana kesempurnaanmu tidak cukup sudah…

Girangnya hati bila bertemumu,
Resah gelisah ku tak menentu,
Aku terus terpaku dengan keayuan mu,
Inginku tambat hatimu yang satu…

Jeling-jelingan,
Mata bertentangan,
Bila bersua terasa malu,
Kerana aku dikawal hawa nafsu…

Ku pandang kiri ku pandang kanan,
Ternampak gadis yang jelitawan,
Ingin ku kenal tapi ku segan,
Kerana itulah menjadi pujaan…

Diriku ini bagai terpaku,
Melihat kamu bertingkah laku,
Terpaku dengan seri wajahmu,
Ingin ku kenal siapa dirimu…

Salahkah diriku ini,
Mengatakan kau Si bidadari,
Rupamu cantik tak terperi,
Ku mahu kau jadi idaman hati…

Bahasa mu elok,
Adab mu elok,
Melihatmu itu dari pandangan,
Hatiku rasa terus berkenan…

Senyuman indah,
Penyeri wajah,
Terkenan pada si jejaka,
Bolehkah kita bertegur siapa…?

Manis sungguh wajahmu itu,
Dilihat selalu tanpa ku jemu,
Berkenan aku pada dirimu,
Eratkan hati menjadi satu…


p/s:pujangga la sangat...